Thursday 29 September 2016

Kena Tindih Waktu Tidur. Apa Yang Anda Perlu Buat?

Bismillahirrahmanirrahim...

Bila rasa ditindih, tenangkan fikiran. Jangan panik. Setkan dalam kepala, biasa-biasa aje. In Shaa Allah di sini ada beberapa tips untuk anda.

  1. Tarik nafas sedalamnya dan tahan nafas beberapa saat sambil zikir dalam hati, Allah sebanyak-banyaknya, kemudian hembuskan perlahan-lahan, Ulang beberapa kali.
  2. Azan sekuat-kuatnya di dalam hati, sehingga anda melepaskan suara azan di mulut.
  3. Membaca Ayat Kursi atau apa-apa surah yang terlintas di dalam hati.
  4. Cuba gerakkan ibu jari perlahan-lahan sehingga anda mempu menggerakkan keseluruhannya.
  5. Ubah posisi tidur.

Cara Mengelakkan Diri Daripada Ditindih.
  1. Kibas tilam sebelum tidur.
  2. Menjaga kebersihan bilik/tempat tidur.
  3. Menjaga kebersihan jasad dan rohani sebelum tidur dengan berwuduk, zikir atau mengaji sebelum tidur.
  4. Membaca 3 Qul, tiup di tapak tangan dan sapu ke seluruh wajah.
  5. Membaca Ayat Kursi sebelum tidur.
  6. Istighfar.
  7. Bismillah 21 kali.

Friday 23 September 2016

Khasiat Selawat Syifa'

Bismillahirrahmanirrahim...


Berikut merupakan khasiat Selawat Syifa' :-

1. Menyembuhkan pelbagai penyakit
Baca  21x dan hembuskan ke dalam air. Minum air tersebut dan sapukan di tempat yang sakit.

2. Merangsang minda kanak-kanak
Baca dan hembuskan ke kepala anak semasa mereka sedang tidur. Boleh juga baca pada kismis dan beri pada anak makan 3 biji sehari.

3. Melembutkan hati yang sedang marah atau merajuk
Baca 3x dan tarik nafas sedalam-dalamnya. Ulang sebanyak 3x. Boleh juga hembus perlahan-lahan pada orang yang sedang marah.

4. Memupuk kasih sayang di antara ibu bapa dan anak-anak, serta memupuk rasa cinta di antara suami isteri.
Amalkan sebagai zikir ketika sedang menyapu rumah dan ketika memasak makanan untuk keluarga anda.


~SELAMAT BERAMAL~

Friday 16 September 2016

Perbuatan Yang Mengundang Kemiskinan dan Kekayaan

Perbuatan yang mengundang kemiskinan :-

  1. Tidak menjaga solat.
  2. Terburu-buru keluar dari masjid usai solat Subuh.
  3. Tidak membersihkan sawang labah-labah di dalam rumah.
  4. Mengeringkan air yang terdapat di wajah dengan kain baju yang sedang dipakai.
  5. Makan dan minum dalam keadaan berjunub.
  6. Seorang isteri yang suka mencaci suami.
  7. Berdiri telanjang tanpa menutup aurat.
  8. Tidur telanjang.
  9. Melakukan perbuatan maksiat.
  10. Seseorang yang suka membersihkan sampah di dalam rumah pada waktu malam.
  11. Tidur terlalu banyak.
  12. Suka duduk di muka pintu rumah.
  13. Menggunakan sikat yang patah atau rosak.
  14. Membiarkan pinggan mangkuk dalam keadaan kotor pada malam hari.

Perbuatan yang mengundang kekayaan dan murah rezeki :-
  1. Bersedekah.
  2. Menjaga solat.
  3. Solat Dhuha.
  4. Membaca Surah Al-Waqiah pada waktu malam.
  5. Datang ke masjid sebelum azan.
  6. Sentiasa dalam keadaan berwuduk.
  7. Solat Sunat Qabliah Subuh.
  8. Menulis dengan tulisan yang bagus (tulisan cantik).
  9. Selalu senyum.
  10. Memulakan kerja di awal pagi.
  11. Menyapu halaman depan rumah.
  12. Mencuci pinggan mangkuk yang kotor sebelum tidur.
  13. Beristighfar seusai Solat Subuh.
  14. Kurang bercakap mengenai perkara yang tidak bermanfaat dan sia-sia.
  15. Membaca Ayat Kursi dan Surah Al-Ikhlas sebelum masuk ke dalam rumah.

Rujukan : Kitabul Adam, karangan Habib Zain
NR Muhammad

Monday 15 August 2016

7 Ayat Selamat (SALAMUN)

7 Ayat Keselamatan (Salamun) ini dibaca masing-masing 7x setiap kali habis solat Subuh dan Maghrib. In Shaa Allah kita akan terbebas dari segala macam bahaya dan mendapat perlindungan Allah SWT. Amiinn...


  1. Salamun Qaulam Mirrobbir Rohim - (semoga) keselamatan/kesejahteraan (tercurah/terlimpah) atas kalian dari Rabb yang Maha Penyayang. (QS Yaasin : 58)
  2. Salamun 'ala Ibrahim - (semoga) keselamatan/kesejahteraan (tercurah/terlimpah) atas Nabi Ibrahim AS. (QS As-Saaffat : 109)
  3. Salamun 'ala Nuhin Fil 'Alamin - (semoga) keselamatan/kesejahteraan (tercurah/terlimpah) atas Nabi Nuh AS bagi seluruh alam. (QS As-Saaffat : 79)
  4. Salamun 'ala Musa wa Harun - (semoga) keselamatan/kesejahteraan (tercurah/terlimpah) atas Nabi Musa AS dan Nabi Harun AS. (QS As-Saaffat : 120)
  5. Salamun Alaikum Thibtum Fadhkhuluha Khalidun - (semoga) keselamatan/kesejahteraan (tercurah/terlimpah) atas-Mu (atas kalian) berbahagialah kalian, maka masuklah (ke dalam syurga) dan kekallah di dalamnya. (QS Az-Zumar : 73)
  6. Salamun 'ala Ilyasin - (semoga) keselamatan/kesejahteraan (tercurah/terlimpah) atas Nabi Ilyas AS. (QS As-Saaffat : 130)
  7. Salamun Hiya Hatta Mat La'il Fajr - (semoga) keselamatan/kesejahteraan (tercurah/terlimpah) atas kalian (dari malam itu) hingga terbitnya fajar. (QS Al-Qadr : 5)

~SELAMAT BERAMAL~

Sunday 14 August 2016

Gel Mandian Bidara NAEYLA dalam Sinar Harian

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, Gel Mandian Bidara Naeyla bersama Founder, Ustaz Ahmad Muzakir bin Ahmad Shukri dalam surat khabar Sinar Harian bertarikh 21 April 2016 (Khamis).

Semoga Allah memberkati...



7 Zikir Pembuka Pintu Rezeki


  1. Memperbanyakkan membaca -La Hawla Wala Quwwata Illa Billah - Barangsiapa yang lambat datang rezekinya hendaklah banyak mengucapkan "La hawla wala quwwata illa billah". (HR At-Tibrani)
  2. Membaca - La Ilaha Illallahul Malikul Haqqul Mubin - Barangsiapa setiap hari membaca "La ilaha illallahul malikul haqqul mubin", maka bacaan itu akan menjadi keamanan dan kefakiran dan menjadi penenteram dari rasa takut dalam kubur. (HR Abu Nu'aim dan Ad-Dailami)
  3. Membaca - Subhanallah wabihamdihi Subhanallahil adziim - Dari setiap kalimat itu, seorang malaikat yang bertasbih kepada Allah Taala sampai hari kiamat yang pahala tasbihnya itu diberikan untukmu. (HR Al-Mustaghfiri dalam Ad-Da'awat)
  4. Membaca Surah Al-Ikhlas - Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas ketika masuk rumah maka berkah bacaan menghilangkan kefakiran dari penghuni rumah dan tetangganya. (HR At-Tibrani)
  5. Membaca Surah Al-Waqiah - Barangsiapa membaca surah Al-Waqiah setiap malam, maka tidak akan ditimpa kesempitan hidup. (HR Al-Baihaqi dalam Syu'ab Al-Iman)
  6. Memperbanyakkan selawat ke atas Nabi - Dari Umar bin Al-Khattab dari Nabi SAW bersabda; Barangsiapa berselawat kepadaku satu kali selawat maka Allah akan membalas sepuluh kali selawat dan mengangkatnya sepuluh darjat. (Dikeluarkan Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad, Ibnu Abu Syaibah .. Al-Bazzar .. Ibnu Syahiin dan Al-Ismaili dengan sanad ma'lul)
  7. Melazimkan beristighfar - Barangsiapa melazimkan beristighfar nescaya Allah akan mengeluarkan dia dari segala kesusahan dan memberikan rezeki dari arah yang tidak diduga-duga. (HR Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majah)

Ya Allah, berikanlah kami rezeki yang luas, yang halal lagi baik tanpa memberatkan kami. Jika rezeki kami ada di langit, maka turunkanlah. Jika ada dibumi, maka keluarkanlah. Jika jauh, maka dekatkanlah. Jika dekat, maka mudahkanlah. Jika sedikit, maka banyakkanlah. Jika banyak, maka berkatilah agar kami dapat menolong anak-anak yatim, fakir miskin, mereka yang dalam kesusahan dan kedhaifan.
Ya Allah, kabulkanlah dia kami.. Amiinn Ya Allah Ya Robbal 'Alamin.

Semoga Allah mengabulkan doa kita.

Semoga bermanfaat. In Shaa Allah....

Saturday 13 August 2016

Team Naeyla Bidara Pahang

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, laju Puan Suraini (Stokis Diamond Pahang) restok dengan Tuan Zahini (Stokis Titanium Pahang). Gel Mandian Bidara Naeyla makin mendapat tempat di hati rakyat negeri Pahang.


Mana-mana warga Pahang yang ingin mendapatkan Gel Mandian Bidara Naeyla, bolehlah dapatkan daripada Puan Suraini. Hubungi 019-9113316.

Anda juga boleh layari FB Puan Suraini dengan hanya tekan di sini.

Moga dengan izin Allah, sembuh....
Amiinn..