Thursday, 11 August 2016

7 Sunnah Hebat

Dalam kehidupan sehari-hari adakala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah SWT. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan. Dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita sekurang-kurangnya dengan selalu menjaga 7 Sunnah Nabi setiap hari. 7 Sunnah Nabi itu adalah;

  1. Tahajud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajudnya. Pasti doa mudah termakbul menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.
  2. Membaca Al-Quran sebelum matahari terbit. Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Quran terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah 3 Qul atau Ayat Kursi.
  3. Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah ke mana pun, langkahkan kaki ke masjid kerana masjid merupakan pusat keberkahan. Bukan kerana panggilan  muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.
  4. Jaga solat Dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat Dhuha. Yakinlah, kesan solat Dhuha sangat dahsyat dalam mendatangkan rezeki.
  5. Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.
  6. Jaga wuduk terus menerus kerana Allah menyayangi hambaNya yang berwuduk. Kata Khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwuduk sentiasa ia akan merasa selalu solat walaupun ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia, Ya Allah."
  7. Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula. Oleh kerana itu, setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir, berbagai kejahatan dapat ditangkis sehinggal jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

No comments:

Post a Comment