Thursday, 29 September 2016

Kena Tindih Waktu Tidur. Apa Yang Anda Perlu Buat?

Bismillahirrahmanirrahim...

Bila rasa ditindih, tenangkan fikiran. Jangan panik. Setkan dalam kepala, biasa-biasa aje. In Shaa Allah di sini ada beberapa tips untuk anda.

  1. Tarik nafas sedalamnya dan tahan nafas beberapa saat sambil zikir dalam hati, Allah sebanyak-banyaknya, kemudian hembuskan perlahan-lahan, Ulang beberapa kali.
  2. Azan sekuat-kuatnya di dalam hati, sehingga anda melepaskan suara azan di mulut.
  3. Membaca Ayat Kursi atau apa-apa surah yang terlintas di dalam hati.
  4. Cuba gerakkan ibu jari perlahan-lahan sehingga anda mempu menggerakkan keseluruhannya.
  5. Ubah posisi tidur.

Cara Mengelakkan Diri Daripada Ditindih.
  1. Kibas tilam sebelum tidur.
  2. Menjaga kebersihan bilik/tempat tidur.
  3. Menjaga kebersihan jasad dan rohani sebelum tidur dengan berwuduk, zikir atau mengaji sebelum tidur.
  4. Membaca 3 Qul, tiup di tapak tangan dan sapu ke seluruh wajah.
  5. Membaca Ayat Kursi sebelum tidur.
  6. Istighfar.
  7. Bismillah 21 kali.

Friday, 23 September 2016

Khasiat Selawat Syifa'

Bismillahirrahmanirrahim...


Berikut merupakan khasiat Selawat Syifa' :-

1. Menyembuhkan pelbagai penyakit
Baca  21x dan hembuskan ke dalam air. Minum air tersebut dan sapukan di tempat yang sakit.

2. Merangsang minda kanak-kanak
Baca dan hembuskan ke kepala anak semasa mereka sedang tidur. Boleh juga baca pada kismis dan beri pada anak makan 3 biji sehari.

3. Melembutkan hati yang sedang marah atau merajuk
Baca 3x dan tarik nafas sedalam-dalamnya. Ulang sebanyak 3x. Boleh juga hembus perlahan-lahan pada orang yang sedang marah.

4. Memupuk kasih sayang di antara ibu bapa dan anak-anak, serta memupuk rasa cinta di antara suami isteri.
Amalkan sebagai zikir ketika sedang menyapu rumah dan ketika memasak makanan untuk keluarga anda.


~SELAMAT BERAMAL~

Friday, 16 September 2016

Perbuatan Yang Mengundang Kemiskinan dan Kekayaan

Perbuatan yang mengundang kemiskinan :-

  1. Tidak menjaga solat.
  2. Terburu-buru keluar dari masjid usai solat Subuh.
  3. Tidak membersihkan sawang labah-labah di dalam rumah.
  4. Mengeringkan air yang terdapat di wajah dengan kain baju yang sedang dipakai.
  5. Makan dan minum dalam keadaan berjunub.
  6. Seorang isteri yang suka mencaci suami.
  7. Berdiri telanjang tanpa menutup aurat.
  8. Tidur telanjang.
  9. Melakukan perbuatan maksiat.
  10. Seseorang yang suka membersihkan sampah di dalam rumah pada waktu malam.
  11. Tidur terlalu banyak.
  12. Suka duduk di muka pintu rumah.
  13. Menggunakan sikat yang patah atau rosak.
  14. Membiarkan pinggan mangkuk dalam keadaan kotor pada malam hari.

Perbuatan yang mengundang kekayaan dan murah rezeki :-
  1. Bersedekah.
  2. Menjaga solat.
  3. Solat Dhuha.
  4. Membaca Surah Al-Waqiah pada waktu malam.
  5. Datang ke masjid sebelum azan.
  6. Sentiasa dalam keadaan berwuduk.
  7. Solat Sunat Qabliah Subuh.
  8. Menulis dengan tulisan yang bagus (tulisan cantik).
  9. Selalu senyum.
  10. Memulakan kerja di awal pagi.
  11. Menyapu halaman depan rumah.
  12. Mencuci pinggan mangkuk yang kotor sebelum tidur.
  13. Beristighfar seusai Solat Subuh.
  14. Kurang bercakap mengenai perkara yang tidak bermanfaat dan sia-sia.
  15. Membaca Ayat Kursi dan Surah Al-Ikhlas sebelum masuk ke dalam rumah.

Rujukan : Kitabul Adam, karangan Habib Zain
NR Muhammad