Thursday, 29 September 2016

Kena Tindih Waktu Tidur. Apa Yang Anda Perlu Buat?

Bismillahirrahmanirrahim...

Bila rasa ditindih, tenangkan fikiran. Jangan panik. Setkan dalam kepala, biasa-biasa aje. In Shaa Allah di sini ada beberapa tips untuk anda.

  1. Tarik nafas sedalamnya dan tahan nafas beberapa saat sambil zikir dalam hati, Allah sebanyak-banyaknya, kemudian hembuskan perlahan-lahan, Ulang beberapa kali.
  2. Azan sekuat-kuatnya di dalam hati, sehingga anda melepaskan suara azan di mulut.
  3. Membaca Ayat Kursi atau apa-apa surah yang terlintas di dalam hati.
  4. Cuba gerakkan ibu jari perlahan-lahan sehingga anda mempu menggerakkan keseluruhannya.
  5. Ubah posisi tidur.

Cara Mengelakkan Diri Daripada Ditindih.
  1. Kibas tilam sebelum tidur.
  2. Menjaga kebersihan bilik/tempat tidur.
  3. Menjaga kebersihan jasad dan rohani sebelum tidur dengan berwuduk, zikir atau mengaji sebelum tidur.
  4. Membaca 3 Qul, tiup di tapak tangan dan sapu ke seluruh wajah.
  5. Membaca Ayat Kursi sebelum tidur.
  6. Istighfar.
  7. Bismillah 21 kali.

Friday, 23 September 2016

Khasiat Selawat Syifa'

Bismillahirrahmanirrahim...


Berikut merupakan khasiat Selawat Syifa' :-

1. Menyembuhkan pelbagai penyakit
Baca  21x dan hembuskan ke dalam air. Minum air tersebut dan sapukan di tempat yang sakit.

2. Merangsang minda kanak-kanak
Baca dan hembuskan ke kepala anak semasa mereka sedang tidur. Boleh juga baca pada kismis dan beri pada anak makan 3 biji sehari.

3. Melembutkan hati yang sedang marah atau merajuk
Baca 3x dan tarik nafas sedalam-dalamnya. Ulang sebanyak 3x. Boleh juga hembus perlahan-lahan pada orang yang sedang marah.

4. Memupuk kasih sayang di antara ibu bapa dan anak-anak, serta memupuk rasa cinta di antara suami isteri.
Amalkan sebagai zikir ketika sedang menyapu rumah dan ketika memasak makanan untuk keluarga anda.


~SELAMAT BERAMAL~

Friday, 16 September 2016

Perbuatan Yang Mengundang Kemiskinan dan Kekayaan

Perbuatan yang mengundang kemiskinan :-

  1. Tidak menjaga solat.
  2. Terburu-buru keluar dari masjid usai solat Subuh.
  3. Tidak membersihkan sawang labah-labah di dalam rumah.
  4. Mengeringkan air yang terdapat di wajah dengan kain baju yang sedang dipakai.
  5. Makan dan minum dalam keadaan berjunub.
  6. Seorang isteri yang suka mencaci suami.
  7. Berdiri telanjang tanpa menutup aurat.
  8. Tidur telanjang.
  9. Melakukan perbuatan maksiat.
  10. Seseorang yang suka membersihkan sampah di dalam rumah pada waktu malam.
  11. Tidur terlalu banyak.
  12. Suka duduk di muka pintu rumah.
  13. Menggunakan sikat yang patah atau rosak.
  14. Membiarkan pinggan mangkuk dalam keadaan kotor pada malam hari.

Perbuatan yang mengundang kekayaan dan murah rezeki :-
  1. Bersedekah.
  2. Menjaga solat.
  3. Solat Dhuha.
  4. Membaca Surah Al-Waqiah pada waktu malam.
  5. Datang ke masjid sebelum azan.
  6. Sentiasa dalam keadaan berwuduk.
  7. Solat Sunat Qabliah Subuh.
  8. Menulis dengan tulisan yang bagus (tulisan cantik).
  9. Selalu senyum.
  10. Memulakan kerja di awal pagi.
  11. Menyapu halaman depan rumah.
  12. Mencuci pinggan mangkuk yang kotor sebelum tidur.
  13. Beristighfar seusai Solat Subuh.
  14. Kurang bercakap mengenai perkara yang tidak bermanfaat dan sia-sia.
  15. Membaca Ayat Kursi dan Surah Al-Ikhlas sebelum masuk ke dalam rumah.

Rujukan : Kitabul Adam, karangan Habib Zain
NR Muhammad

Monday, 15 August 2016

7 Ayat Selamat (SALAMUN)

7 Ayat Keselamatan (Salamun) ini dibaca masing-masing 7x setiap kali habis solat Subuh dan Maghrib. In Shaa Allah kita akan terbebas dari segala macam bahaya dan mendapat perlindungan Allah SWT. Amiinn...


  1. Salamun Qaulam Mirrobbir Rohim - (semoga) keselamatan/kesejahteraan (tercurah/terlimpah) atas kalian dari Rabb yang Maha Penyayang. (QS Yaasin : 58)
  2. Salamun 'ala Ibrahim - (semoga) keselamatan/kesejahteraan (tercurah/terlimpah) atas Nabi Ibrahim AS. (QS As-Saaffat : 109)
  3. Salamun 'ala Nuhin Fil 'Alamin - (semoga) keselamatan/kesejahteraan (tercurah/terlimpah) atas Nabi Nuh AS bagi seluruh alam. (QS As-Saaffat : 79)
  4. Salamun 'ala Musa wa Harun - (semoga) keselamatan/kesejahteraan (tercurah/terlimpah) atas Nabi Musa AS dan Nabi Harun AS. (QS As-Saaffat : 120)
  5. Salamun Alaikum Thibtum Fadhkhuluha Khalidun - (semoga) keselamatan/kesejahteraan (tercurah/terlimpah) atas-Mu (atas kalian) berbahagialah kalian, maka masuklah (ke dalam syurga) dan kekallah di dalamnya. (QS Az-Zumar : 73)
  6. Salamun 'ala Ilyasin - (semoga) keselamatan/kesejahteraan (tercurah/terlimpah) atas Nabi Ilyas AS. (QS As-Saaffat : 130)
  7. Salamun Hiya Hatta Mat La'il Fajr - (semoga) keselamatan/kesejahteraan (tercurah/terlimpah) atas kalian (dari malam itu) hingga terbitnya fajar. (QS Al-Qadr : 5)

~SELAMAT BERAMAL~

Sunday, 14 August 2016

Gel Mandian Bidara NAEYLA dalam Sinar Harian

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, Gel Mandian Bidara Naeyla bersama Founder, Ustaz Ahmad Muzakir bin Ahmad Shukri dalam surat khabar Sinar Harian bertarikh 21 April 2016 (Khamis).

Semoga Allah memberkati...



7 Zikir Pembuka Pintu Rezeki


  1. Memperbanyakkan membaca -La Hawla Wala Quwwata Illa Billah - Barangsiapa yang lambat datang rezekinya hendaklah banyak mengucapkan "La hawla wala quwwata illa billah". (HR At-Tibrani)
  2. Membaca - La Ilaha Illallahul Malikul Haqqul Mubin - Barangsiapa setiap hari membaca "La ilaha illallahul malikul haqqul mubin", maka bacaan itu akan menjadi keamanan dan kefakiran dan menjadi penenteram dari rasa takut dalam kubur. (HR Abu Nu'aim dan Ad-Dailami)
  3. Membaca - Subhanallah wabihamdihi Subhanallahil adziim - Dari setiap kalimat itu, seorang malaikat yang bertasbih kepada Allah Taala sampai hari kiamat yang pahala tasbihnya itu diberikan untukmu. (HR Al-Mustaghfiri dalam Ad-Da'awat)
  4. Membaca Surah Al-Ikhlas - Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas ketika masuk rumah maka berkah bacaan menghilangkan kefakiran dari penghuni rumah dan tetangganya. (HR At-Tibrani)
  5. Membaca Surah Al-Waqiah - Barangsiapa membaca surah Al-Waqiah setiap malam, maka tidak akan ditimpa kesempitan hidup. (HR Al-Baihaqi dalam Syu'ab Al-Iman)
  6. Memperbanyakkan selawat ke atas Nabi - Dari Umar bin Al-Khattab dari Nabi SAW bersabda; Barangsiapa berselawat kepadaku satu kali selawat maka Allah akan membalas sepuluh kali selawat dan mengangkatnya sepuluh darjat. (Dikeluarkan Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad, Ibnu Abu Syaibah .. Al-Bazzar .. Ibnu Syahiin dan Al-Ismaili dengan sanad ma'lul)
  7. Melazimkan beristighfar - Barangsiapa melazimkan beristighfar nescaya Allah akan mengeluarkan dia dari segala kesusahan dan memberikan rezeki dari arah yang tidak diduga-duga. (HR Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majah)

Ya Allah, berikanlah kami rezeki yang luas, yang halal lagi baik tanpa memberatkan kami. Jika rezeki kami ada di langit, maka turunkanlah. Jika ada dibumi, maka keluarkanlah. Jika jauh, maka dekatkanlah. Jika dekat, maka mudahkanlah. Jika sedikit, maka banyakkanlah. Jika banyak, maka berkatilah agar kami dapat menolong anak-anak yatim, fakir miskin, mereka yang dalam kesusahan dan kedhaifan.
Ya Allah, kabulkanlah dia kami.. Amiinn Ya Allah Ya Robbal 'Alamin.

Semoga Allah mengabulkan doa kita.

Semoga bermanfaat. In Shaa Allah....

Saturday, 13 August 2016

Team Naeyla Bidara Pahang

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, laju Puan Suraini (Stokis Diamond Pahang) restok dengan Tuan Zahini (Stokis Titanium Pahang). Gel Mandian Bidara Naeyla makin mendapat tempat di hati rakyat negeri Pahang.


Mana-mana warga Pahang yang ingin mendapatkan Gel Mandian Bidara Naeyla, bolehlah dapatkan daripada Puan Suraini. Hubungi 019-9113316.

Anda juga boleh layari FB Puan Suraini dengan hanya tekan di sini.

Moga dengan izin Allah, sembuh....
Amiinn..

Friday, 12 August 2016

Misteri Surah Fatihah

AL-FATIHAH
Baca 3 kali tiup dalam segelas air.
Minum dan baca sambil mengusap kawasan yang rasa sakit untuk sakit yang keterlaluan.

AL-FATIHAH
Baca 3 atau 7 kali, gunakan ibu jari dan tekan di langot-langit (mulut), kemudian sapu pada tempat yang sakit.
Untuk luka yang berdarah, sengat lebah atau jari yang terkepit di pintu..

AL-FATIHAH
Baca 7 kali dan sapu ke atas kepala bayi.
Bayi yang suka menangis pada malam hari atau pada bila-bila masa..

AL-FATIHAH
Baca 7 kali dan usap di kepala setiap pagi dan sekali sebelum tidur.
Kepada orang yang berpenyakit mental..

AL-FATIHAH
Baca 14 kali sebelum tidur.
Suami dan anak-anak akan selalu mengingati kita..

AL-FATIHAH
Baca 41 kali dan tiup dalam air dan minum serta buata air mandian.
Melepaskan rasa sakit dalaman..


SUKA DIINGATKAN:
Bacalah dalam keadaan khusyuk, tawakal kepada Allah dan niatlah dengan jujur. In Shaa Allah ianya merupakan penawar yang terbaik kepada semua...

SE BARKANLAH...

Thursday, 11 August 2016

7 Sunnah Hebat

Dalam kehidupan sehari-hari adakala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah SWT. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan. Dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita sekurang-kurangnya dengan selalu menjaga 7 Sunnah Nabi setiap hari. 7 Sunnah Nabi itu adalah;

  1. Tahajud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajudnya. Pasti doa mudah termakbul menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.
  2. Membaca Al-Quran sebelum matahari terbit. Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Quran terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah 3 Qul atau Ayat Kursi.
  3. Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah ke mana pun, langkahkan kaki ke masjid kerana masjid merupakan pusat keberkahan. Bukan kerana panggilan  muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.
  4. Jaga solat Dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat Dhuha. Yakinlah, kesan solat Dhuha sangat dahsyat dalam mendatangkan rezeki.
  5. Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.
  6. Jaga wuduk terus menerus kerana Allah menyayangi hambaNya yang berwuduk. Kata Khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwuduk sentiasa ia akan merasa selalu solat walaupun ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia, Ya Allah."
  7. Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula. Oleh kerana itu, setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir, berbagai kejahatan dapat ditangkis sehinggal jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

Tuesday, 2 August 2016

Testimoni Gel Mandian Bidara

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, lagi testimoni terbaru dari pengguna Gel Mandian Bidara Naeyla.
  • Hubungan dengan suami dah OK
  • Badan jadi ringan
  • Sakit kepala dan badan berkurangan


Semua dengan izin Allah. Kita hanya boleh berusaha dan berikhtiar..

Monday, 1 August 2016

Tanda Gangguan Jin

TANDA SEMASA SEDAR
  • Selalu mengalami rasa sakit kepala bukan punca daripada penyakit fizikal seperti penyakit mata, telinga, hidung, gigi atau angin.
  • Selalu berada dalam keadaan tertekan tanpa sebab yang jelas.
  • Lemah tubuh badan ataupun tidak bermaya tanpa sebab yang jelas.
  • Sering kerasukan ataupun tidak sedarkan diri.
  • Terganggu untuk beribadah.
  • Sakit tubuh badan tetapi tidak dapat dijelaskan ataupun diubati dengan perubatan moden.

TANDA SEMASA TIDUR
  • Selalu tidak dapat tidur dengan lena.
  • Sering terjaga daripada tidur dalam keadaan yang mengejut, cemas, gelisah ataupun berdebar-debar.
  • Selalu bermimpi ditindih tetapi tidak dapat berbuat apa-apa.
  • Selalu bermimpi bertemu dengan binatang buas seperti ular, singa, serigala, buaya dan lain-lain.
  • Selalu mimpi ngeri yang menakutkan
  • Selalu mimpi jatuh dari tempat yang tinggi.
  • Selalu mimpi berjumpa manusia yang berfizikal pelik-pelik seperti terlalu tinggi, terlalu besar atau terlalu kecil.
  • Selalu bermimpi lembaga hitam, pelik ataupun menakutkan.

Tuesday, 19 July 2016

Testimoni Pengguna Gel Mandian Bidara Naeyla

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, sakit kepala dan rasa nak marah tanpa sebab, hilang. Siap nak order lagi. Syukur...



Sakit tangan kiri pengguna ni pula hilang selepas menggunakan Gel Mandian Bidara Naeyla. Alhamdulillah, tidur malam pun dah ok.


p/s: Terima kasih Ustaz Haruzi (Stokis Diamond) yang berkongsi testimoni ini.

Pesanan Rasulullah Sebelum Tidur

1. WUDHUK
"Apabila kamu akan tidur di tempat tidurmu, berwudhuklah sebagaimana akan mengerjakan solat, kemudian berbaringlah di atas tubuh kanan, lalu bacalah 'Ya Allah aku menyerahkan diriku kepadaMu, aku menyerahkan urusanku kepadaMu...-hingga akhir ayat-..
(Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

2. BACA AYAT KURSI
"Apabila kamu hendak ke tempat tidurmu, maka bacalah ayat Kursi. Sesungguhnya kamu akan dijaga oleh malaikat yang diutus oleh Allah dan kamu tidak akan didekati oleh syaitan hingga waktu pagi."
(Hadis Riwayat Bukhari)

3. BACA 3 QUL
"Rasulullah s.a.w. apabila akan tidur di tempat tidurnya pada setiap malam, baginda mengumpulkan dua tapak tangannya lalu ditiupnya dan dibacakan 'Qul huwallahuahad....', Qul a'uuzubirabbil falaq...' dan 'Qul a'uuzubirabbin naas...'. Kemudian dengan dua tapak tangannya, baginda mengusap tubuh yang dapat dijangkau dengannya dimulai dari kepala, wajah dan tubuh bahagian depan. Baginda melakukan tiga kali."
(Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

4. KIBAS TEMPAT TIDUR
"Apabila seseorang antara kamu berdiri dari tempat tidurnya kemudian kembali lagi, maka hendaklah dikibasi dengan hujung sarungnya tiga kali. Sesungguhnya dia tidak mengerti apa yang terjadi sesudahnya. Apabila berbaring maka bacalah 'Dengan nama Engkau wahai Tuhanku aku meletakkan lambungku. Dan dengan namaMu pula aku bangun daripadanya. Apabila Engkau menahan rohku (mati), maka berilah rahmat padanya. Tapi apabila Engkau melepaskannya, peliharalah sebagaimana Engkau memelihara hamba-hambaMu yang soleh."
(Hadis riwayat Bukhari & Muslim)

Monday, 18 July 2016

PROMOSI AIDILFITRI


Harga promosi Aidilfitri (1 - 30 Julai 2016).. Jadi, rebut peluang ini dengan pantas. Selepas promosi, harga akan DINAIKKAN kepada harga asal.

(Setiap botol 500ml) untuk penggunaan sebulan.
2 kali pakai sehari pagi dan petang.

Harga Asal RM89.90  1 botol

**HARGA PROMOSI AIDILFITRI**

Promosi Raya
1 botol RM75 (Jimat RM14.90
+ FREE POSTAGE

#Percuma Poslaju untuk semenanjung
RM10 untuk Sabah/Sarawak

TERHAD untuk 550 CUSTOMERS TERAWAL..!!

BERMINAT NAK ORDER??
Whatsapp segera
019-2643309 (Ustaz Muzakir - Founder)
013-6537820 (Puan Aisyah - Co-Founder)
019-4078199 (Admin Naeyla Bidara HQ)

Ayat Seribu Dinar & Kelebihannya


Kelebihan Ayat Seribu Dinar:
  • Mendapat kemurahan rezeki yang tidak disangka-sangka
  • Mendapat jalan keluar dari segala masalah, kesusahan dan kesulitan
  • Mendapat perlindungan dari segala musibah dan bala bencana seperti peperangan, kezaliman dan bencana alam.
  • Allah akan menunaikan segala hajat dan memberi kemudahan dalam setiap urusan.

Jom amalkan ayat SERIBU DINAR secara ISTIQOMAH. Mudah-mudahan hidup kita semua sentiasa diberkati. InsyaAllah..

Sunday, 17 July 2016

15 Khasiat Daun Bidara (Ziziphus Mauritiana)



  1. Daun Bidara mengandungi senyawa antibakteria, sehingga sangat efektif untuk mengubati penyakit akibat bakteria ataupun virus seperti pilek, influenza, flu babi, flu burung dan bahkan HIV / AIDS.
  2. Daun bidara mengandungi senyawa antioksidan yang sangat tinggi. Kandungan inilah yang sangat efektif untuk menjaga kesihatan tubuh kita dari pelbagai macam jenis penyakit.
  3. Daun bidara mampu mengubati penyakit kanser.
  4. Daun bidara mampu mencegah dan mengubati penyakit kardiovaskular yang sangat berbahaya.
  5. Daun bidara juga mampu mengubati penyakit diabetis melitus, baik tahap 1, tahap 2 ataupun diabetis gastasional, kerana daun bidara mengandungi glikemik yang sangat rendah.
  6. Daun bidara sangat berguna untuk mengubati masalah mulut seperti ulser, bibir pecah-pecah, gusi berdarah dan banyak lagi.
  7. Daun bidara sangat berguna untuk mencegah dan mengubati penyakit pertumbuhan yang abnormal seperti kanser, tumor, kista dan banyak lagi.
  8. Daun bidara dengan kandungan antiseptik sangat berguna untuk mengubati luka, baik luka baru ataupun luka yang sudah lama.
  9. Daun bidara sangat berguna untuk memperbaiki sel-sel organ yang mengalami kerosakan, sehingga organ tersebut dapat bekerja secara maksimum.
  10. Daun bidara yang masih muda dan segar sangat berguna untuk mengatasi masalah kewanitaan seperti keputihan, haid tidak normal dan banyak lagi.
  11. Kandungan mineral kalsium yang sangat tinggi pada daun bidara. Maka, ianya sangat efektif untuk menguatkan dan merawat kesihatan tulang ataupun gigi.
  12. Daun bidara sangat bermanfaat untuk mengubati demam panas ataupun dingin, baik pada orang dewasa ataupun kanak-kanak.
  13. Manfaat pada daun bidara untuk kulit sangat efektif untuk mengatasi keradangan pada kulit ataupun organ dalam tubuh.
  14. Daun bidara sangat berguna untuk mengatasi bisul ataupun abeien pada dubur.
  15. Daun bidara sangat berguna untuk mengatasi ejakulasi dini atau lemah syahwat.


Thursday, 14 July 2016

Bidara Dalam Al-Quran

Pohon bidara ada disebutkan di dalam Al-Quran.



Dalam surah Al-Waqiah, Allah SWT berfirman:

وَأَصْحَابُ الْيَمِينِ مَا أَصْحَابُ الْيَمِينِ * فِي سِدْرٍ مَّخْضُودٍ * وَطَلْحٍ مَّنضُودٍ * وَظِلٍّ مَّمْدُودٍ * وَمَاء مَّسْكُوبٍ * وَفَاكِهَةٍ كَثِيرَةٍ

"Dan golongan kanan, alangkah bahagianya golongan kanan (penghuni syurga) itu. Berada di antara pohon bidara yang tidak berduri, dan pohon pisang yang bersusun-susun (buahnya), dan naungan yang terbentang luas, dan air yang tercurah, dan buah-buahan yang banyak,"
(QS. Al-Waqiah 56;27-32)


Dalam Surah Saba' pula, ketika mengkhabarkan tentang kisah Negeri Saba', Allah Taala berfirman:

فَأَعْرَضُوا فَأَرْسَلْنَا عَلَيْهِمْ سَيْلَ الْعَرِمِ وَبَدَّلْنَاهُم بِجَنَّتَيْهِمْ جَنَّتَيْنِ ذَوَاتَى أُكُلٍ خَمْطٍ وَأَثْلٍ وَشَيْءٍ مِّن سِدْرٍ قَلِيلٍ

"Tetapi mereka berpaling, maka Kami datangkan kepada mereka banjir yang besar dan Kami ganti kedua kebun mereka dengan dua kebun yang ditumbuhi (pohon-pohon) yang berbuah pahit, pohon Atsl dan sedikit dari pohon BIDARA.
(QS. Saba: 16)

40 Tanda--Tanda Sihir

  1. Sakit kepala selepas waktu Asar ke atas.
  2. Badan terasa berat dan malas.
  3. Sukar mendapat jodoh.
  4. Badan terasa bisa-bisa.
  5. Sakit ketika ziarah orang meninggal.
  6. Sukar tidur malam.
  7. Sakit pinggang tanpa sebab.
  8. sakit dada bila waktu Asar ke atas.
  9. Mimpi melihat binatang seperti ular dan sebagainya.
  10. Bermimpi bayi atau menyusukan bayi.
  11. Bermimpi jatuh dari tempat tinggi.
  12. Bermimpi berada di tempat yang kotor.
  13. Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu Asar.
  14. Ada terasa benda bergerak di bawah kulit.
  15. Bayi kerap menangis.
  16. Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.
  17. Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.
  18. Malas beribadat.
  19. Nyanyuk ketika lanjut usia.
  20. Panas baran.
  21. Sikap berubah secara mendadak.
  22. Gelisah dan panas di tengkuk bila mendengar ayat-ayat Al-Quran.
  23. Suka melakukan tabiat buruk.
  24. Kerap sendawa apabila mendengar ayat-ayat Al-Quran.
  25. Kerap keguguran.
  26. Gagal melakukan hubungan kelamin,
  27. Mengantuk apabila mendengar ayat-ayat Al-Quran.
  28. Bermimpi seram dan menakutkan.
  29. Darah haid turun lebih daripada 15 hari.
  30. Batuk yang berpanjangan.
  31. Selalu ditindih ketika tidur.
  32. Kuat berangan.
  33. Terlalu rendah diri dan tidak berkeyakinan.
  34. Nafsu seksual yang melampau.
  35. Selalu melihat kelibat di rumah.
  36. Terasa diri selalu diperhatikan.
  37. Mandul.
  38. Kerap mendengar sesuatu bisikan.
  39. Melihat jin secara terus.
  40. Sakit mental atau gila.

Mudah-mudahan kita dijauhkan daripada tanda-tanda seperti ini. Dengan izin Allah...

Cara Menggunakan Gel Mandian Bidara NAEYLA

1. Mandi dan ratakan gel mandian ini ke seluruh badan sambil baca ayat Qursi 3x di dalam hati.

2. Gunakan seelok-eloknya pagi dan petang (2x sehari). Sebotol Gel Mandian Bidara NAEYLA 500 ml boleh tahan sampai sebulan.

3. Boleh juga digunakan sebagai feminine wash bagi wanita.

4. Niatkan supaya ia menyembuhkan dari sakit-sakit yang tidak kita ketahui. InShaaAllah semoga Allah memberi kesembuhan.

P/S: Sebotol isipadunya 500ml, sehari guna 2x boleh tahan selama sebulan. Standard shower cream. Formula utamanya adalah daun bidara.



Bagaimana produk ini berfungsi / bertindak?
- Terapi basmi sihir, santau dan saka.
- Reaksi awal biasanya dapat dirasai serta merta seperti demam, badan lesu, gatal-gatal, muntah dan lain-lain. Reaksinya berbeza mengikut individu dan biasanya akan hilang selepas 3 hari.

Adakah produk ini mempunyai jaminan?
- Ya, produk ini mempunyai kelulusan KKM dan ada jaminan pulangan wang jika tiada kesan langsung dalam tempoh 14 hari.

Ada orang berautoriti guna / pernah masuk media?
- Pengarah BTN guna.
- Pernah masuk surat khabar SINAR HARIAN, FB Page Fizo Omar.

Betul ke berkesan? Ada testimoni yang dah berjaya?
- Ada. mimpi pelik, nampak kelibat, anak demam & malas.
- Sihir, saka, santau dan gangguan makhluk halus sembuh dengan izin Allah.

Ada pantang larang?
- Jangan langkah dan jangan bawa masuk ke dalam tandas kerana gel ini telah diruqyahkan.

Siapa yang tak boleh guna produk ni?
- Produk ni sesuai digunakan untuk semua golongan kanak-kanak dan dewasa samaada muslim atau non-muslim.

7 Kelebihan NAEYLA Bidara (500 ml)



1. Botol PAM - Mudah dan jimat penggunaannya.

2. Kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kilang bertaraf GMP, IMP, I Best 1Malaysia, MESTI, SELAMAT - Dijamin berkualiti. Tidak akan dipertikaikan kebersihan dan keselamatan produk.

3. Dilindungi KOTAK - Mudah untuk dipos dan nampak kemas.

4. Telah dibacakan terus dengan ayat Ruqyah dan bacaan Al-Quran dan ditambah lagi dengan pemasangan audio ayat-ayat suci Al-Quran 24 jam di stor simpanan. Paling sekejap 12 jam.

5. Wangi apabila dipakai oleh pengguna. Haruman terpilih untuk merangsangkan AURA diri.

6. SEGAR dan NYAMAN anugerah yang dapat dirasai bagi tubuh yang lemah dan lesu.

7. Pengasas NAEYLA adalah perawat perubatan Islam sejak 2009.